Bisikan nuraniku terus menyapa...terkenag nasib ayah terlantar di hospital duk kene bedah hari ni..”YA Allah moga2 dia dalam keadan sihat walafiat..amin”..dan hari juga merupakan hari lahir dia.. “Ayah ..selamat hari lahir dan moga2 hidupmu di berkati..” baru khamis lepas tepon dia..masih kedengaran suara seorang ayah yang masih mengungkapkan kata2 semangat bagi diri ini sempena nak imtihan yang akan datang..terasa diri ini bersemangat menghadapi imtihan yang hampir tiba.. Ha dulu2 mase kat malysia dan sampai kat sini pon masih kene “diskolah kan” oleh ayah ibu tentang mencari jodohlah..tentang adat songsanglah..tentang selok belok prihal calon zaujahlah..haa macam2..dengar jerlah sekurngnya dapat ilmu jugak walaupon bukan bersumberkan dari quran dan hadis tapi diri ini masih menghormati pendirian dan kalam ayah dan ibuku yang mereka sumberkan dari pengalaman yang lalu.. Al kisah.. selalunya lelaki kene mulakan dulu. Pihak lelaki pergi dok risik2 belah perempuan pastu jika ada isarat “lampu hijau” jer,maka terus menyusul rombongan meminang. Tapi tu dulu.. la ni tuan badan pi sendiri dengan rase “penuh kelakian” selamber sungguh jumpa bakal zaujah(istri) pastu “on” je..jumpe terus mak ayah untuk dpat kepastian..bile semua dah ok..baru pi bagitau kat ayah mak suruh pinangkan si pompuan tersebut..haa ni perkare biasa. Tapi sahabat2 bagaimana jika sebaliknya, pihak wanita pulak yang merisik pastu kemudian menghantar rombongan meminag..?? haa macamana tu..gawat ni…hehe “Wanita meminang Lelaki”. Ah janggal.tidak pernah di buat orang (kata orang tua2). Begitu sempitnya adat berbanding keluasan syariat kan. Justeru dalam sejarah islam kan telah membuktikan pihak wanita sudah ada meminag lelaki dan ia sebenarnya tidak menjadi pertikaian oleh golongan2 mutahid pon hehe..kita jer ni syadid(ketat) sangat… Siti Khatijah meminang Nabi kan..syaidina Umar pernah “meminang” Saidina Abu BAkar untuk puteri Siti Habsah( tapi last siti Habsah jadi zaujah nabi). Haa pada zaman kegemilangn islam, kedua-dua cara sudah pon dipraktikkan. Sama ada wanita melamar lelaki atau lelaki melamar wanita. Tidak ada sebenarnya istilah perigi cari timba seperti yang telah di pegang oleh masyarakat kita turun kemurun. Emm kebenaran kerap kali kita lihat janggal( nak mulakan) sbb ia selalunya bertentangn dengan kebiasaan adat kita . tetapi kita perlulah berani untuk melakukan anjakan paradigma dan seterusnya mreubah mentality dan sikap orang kita..biarpon trpaksa menanggung risiko dituduh tak tahu malu dari jadi andartu ..hehe haa piker2 kan ler.. Perlu diingatkan kekadang kan adat dan syariat boleh diselaraskan. Namun adakalanya adat bertentangan dengan syariat. Maka pada ketika itu hendaklah di utamakn syariat kerana adat ni kan hanya berasal daripada pemikiran dan perasaan orang2 tua kita dulu2 berbanding syariat yang telah diwahyukan oleh allah sendiri.adat ni akn benda yang relative-boleh berubah2 mengikut zamn dan perubahan minda manusia. Tetapi syariat ni bersifat mutlak.zamn canggih mana sekali pon ia tetap gitu..yang bersifat relevan dan signifikan sampai bila2. Dan tidak jugak di nafikan kekadng tu adat bersumberkan ajaran agama. Namun apabila selera nafsu dan kecelaruan fikiran berlaku.sering syariat menjadi mangsa pengubahsuaian sehingga mencemar kesucian agama kan. Cube kite tengok adat kita.kenduri walimah tu tak nak ingat sampai datang membazir dan datang sikap menunjuk2 dan bertanding antara sesame masyarakat pastu mas kawin beribu2 emm adoi lelaki jugak yang bengkok ni..nafsu2..dan sering kita lihat yang sunat di anggap macm wajib dan wajib pulak di anggap remeh dan dipinggirkan… Bagi ibu bapa pihak wanita,malah wanita itu sendiri jangn takut merubah adat.kita mesti berani melawan arus selagi syariat di utamakn. Hubungan dengan Allah dan sesame manusia saling berkatian . marilah kita jaga syariat Allah dan jaga hubungan dengan Allah untuk mendapat kekuatan dalm benda yang benar. Kita tak leh dah nk terikat dengn cara2 konvensional sahaja untuk menyelesaikan maslah ummah. Oleh itu, jika ada seorng lelaki yang layak mejadi calon suami soleh, ambilah tindakan untuk mulakan merisik dan melamarnya.jika diterima. Alhamdulillah..jika di tolak, redo dengan segala ketentuan.. jangn rasa malu kerana kamu bukan melakukan sesuatu yang salah dan haram di sisi agama.. tapi gunakan dengan jalan syarie macam orang tengah tu lebih mulia dan sangat terhormat… Sekali pon ditolak,pihak wanita atau wanita tu sebenarnya telah membuat langkah2 usaha yang mulia menjejaki langkah saidina Umar yang menawarkan puterinya untuk saidina Abu bakar. Bukankah pinangan saidaina Umar itu ditolak jugak secara baik oleh saidina Abu bakar.? Lantaran dari itu Saidina Umar mendapat calon untuk puterinya yang lebih baik dengan Rasulullah menawarkan diri untuk memperistrikan Siti Habsah. Jdi bagaimana dengan kamu wahai srikandi2 islam.? Tak mustahilah natijah yang sama yang akan kamu alami..Insyallah .Allah tidak akan kecewakan pada hambanya yang komited mengikut syariat Dia. Usah berasa malu untuk sempurnakan iman kamu.dan tak yah rase malu menjadi “perigi” yang mencari “timba”. Malu yang macm gitu tidak kene tempatnya. Sayang sekali, kekadng malu kita ni tidak merujuk syariat. Ketika ramai kaum wanita tidak malu tuk mendedahkan aurat dan melanggar syariat Allah…adakah kamu merase malu mengikut syariat dan menyusuri langkah pada sahabiah-sahabiah dan salafusoleh untuk mendapat yang terbaik untuk diri anda?? Bertambah2 pada zaman sekrang dengan kuantiti wanita yang ramai berbanding lelaki,menyebabkan semakin sedikitlah lelaki soleh dikalangan yang sikit ini.andai sudah berkenan dan merasakan bersedia untuk alam berumahtangga jadi jangn tunggu lama2…mulakanlah dengan munajat istiharoh pada Allah sehingga dapat keyakinan yang kuat dalm bertindak untuk melamarkan si dia dan perlu di ingat hendaklah sentiasa berlapang dada dalm setiap ketentuan yang dihadapi pada masa akan datang. Kita berancang Allah merancang jugak..tapi kan perancangan Allah lagi hebat… “sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Anas r.a : ada seorang wanita yg datng menawarkan diri kepaa nabi s.a.w dan berkata : ya Rasulallah! Apakah baginda memerlukan daku!puteri Anas yg hadir ketika itu mendengar perkataan wanita itu mencela dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “sesungguhnya memalukan dan betapa buruknya..!” Anas barkata kepada puterinya itu : dia lebih baik darimu,nak! Wanita itu senang kepada Nabi dan menwarkan dirinya…”(riwayat bukhari)” |
Saturday, 12 December 2009
"Perigi Cari Timba??"
Thursday, 3 December 2009
"Tamatkan Penantian Itu Segera!"
JADIKAN DIRI KITA DAHULU CALON SUAMI YANG SOLEH ATAU JADIKAN DIRI KITA CALON ISTRI YANG SOLEHAH DAHULU.."
yakinlah dengan firman Allah:"dan wanita2 yang baik2 untuk lelaki yang baik2"
Sunday, 11 October 2009
"Purdah di HARAM kan oleh Syeh Tantawi..??..panas..!!!"
Tersandar hamba ini di penjuru sahrawi letih memikirkan apa yang nak jadi pada masyarakat islam di seluruh dunia..Ulama di perlekehkan artis di puja akhbar di ambil kire Alquran dan Sunnah di simpan rapi di rak semata..Ya Allah ampuni lah hambaMu ini atas kelalaian dalm menjadi khalifah Allah di muka bumi..
sahabat2 yang saya kasihi..
Beginilah jadinya bila kalam ulama di seleweng menjadikan masyarakat huru hara dan dalam kebingungan dalam mencari kebenaran sebenar islam..bagi mereka yg mahu mengetahui dan sedar akan tipu helah dunia ini..maka mereka akan terus mencari dengan niat mencari redo Allah semata..tapi bagi mereka yg terus tidak sedar bahawa dirinyar jahil..maka dia terus hanyut di makan penipuan fitnah dunia yang sementra..Ya Robb..
Tersandar diri ini bila di sudut2 pertanyaan teman2..terutama teman2 yang berada di tanah air..mereka kata."ustaz..apa dah jadi ni..betul ker purdah di haram kan..apa komen ustaz..kami ni bukan pandai sangt bab agama..jadi kami ni dalam kekeliruan sbb yang baru2 ni keluar kenyataan di media2 purdah diharamkan dan merupakn pakain adat semata.betul ke ustz??."
haa nilah yg di besar2kan oleh pihak media malaysia cuba mengselewengkan fakta yang asal..pada ketika tu saya jadi terdiam seketika..bukan terdiam sebab tak dapat jawab..tapi terdiam sebab sedih dengn keadaan dunia yang penuh fitnah..dan saya merasakan .."aku dalm zaman fitnah akhir zaman.." sedih tambah pilu tambah geram tambah kesian..macm2 ada ni..
satu mesej yang saya terima lain dari keluarga malysia.."betul ke purdah di haram kan??"emm...bertalu2 soalan di berikan pada saya di segenap penjuru..."ya Allah cukup fitnah zaman ini..." benarlah kata nabi dalam mafhum hadisnya.."orang yang amal agama sungguh2 ni pada akhir zaman ni bagai gengam bara api.."
sahabat2 yang di kasihi..
Pertama dalam soalan sedemikian..saya seru pada sahabat2 jangn cepat melatah dan cepat menghukum..sebab kita ni bukan tahu hakikat sebenar kejadian sesuatu perinstiwa tu..lagi2 kalau kita ni di gelar mahasiswa dan siswi..cukup pribadi saya sangat berdose diri ini jika kita terus menghukum dan mengambil sesuatu keputusan diri tu tanpa mengkaji hakikat sebenar sesuatu..
sahabat2 yang di kasihi..
Pendapat yang dikeluarkan oleh Syaikhul al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah jelas bertentangan dengan apa yang dikeluarkan oleh akhbar Malaysia.Lain yang diucapkan oleh Syeikh, lain pula yang mereka masukkan ke dalam akhbar milik mereka. tapi bila di bukak balik dalam kalam syeh sendiri dan merujuk balik kalam asal dan keterangn yang sohih di islamonline sangat berbeza(Penjelasan lanjut boleh dilihat di IslamOnline.)
Pada hakikatnya..Syeh Tantawi sendiri menghormati dan bersetuju golongan2 wanita yang mengatakan niqob tu wajib..cume kenyataan melarang pemakaian purdah itu dalam satu suasana sesama wanita seperti di kuliah2 banat(perempuan) Al-azhar sendiri..kuliah tersebut tidak bercampur dengan lelaki..ada pun jika ada lelaki dikawasan tersebut..maka di bolehkan dan dibenarkan oleh pihak Al Azhar sendiri untuk memakai purdah..dengan bahasa yang lebih mudah "mengamalkan agama ni mesti pada tempatnya dan keadaanyer"..mengapa perlu pakai purdah sedangkan tiada kaum lelaki dan hanya sesama pompuan sahaje..
Dan menjadi kekesalan diri ini pada fitnah terhadap Syeh Tantawi telah berkalam merupakan penghinaan pada wanita dengan mengatakan"aku lebih mengetahui agama lebih dari kamu dan orang2 yang mendidik kamu" ..dan "purdah itu adalah adat orang arab semata bukanlah tuntutan agama"haa nilah fitnah yang besar yang berlaku ke atas Syeh tantawi dari pihak media2 yang tidak sukakan islam..Pihak media hanya mencari publisiti dan mengaut keuntungan dari isu2 yang hangat seperti ini...
Inilah gelagat dunia masa kini..perkara macm gini di besar2kan tapi mengapa mereka2 masih pekakkan telinga tentang pengharam arak,konset2 dan lain2 lagi..sedangkan pengharamn itu telah nyata haram dan di jelaskan dengan penuh terperinci..mengapa perlu menjadikan diri ini suber fitnah dalam agama..banyak2lah kita istirfar supaya Allah terima taubat kita...
sahabat2 yang di kasihi..
purdah merupakan perkata khilafiah dikalangan ulama...untuk lebih tahu tetang hukum purdah boleh sahabat bukak di laman saya satu lagi di "laman hukum hakam" moga2 memberi manfaat dari blog saya yang tandus ini.. Allah lebih mengetahui..
wasalam...
Wednesday, 2 September 2009
"kenapa perlu nikah..??"
Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tajuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam peigaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan.
Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebahknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.
dan semestinya jangn sesekali menafikan fitrah yang di gelar insan ....
"falsafah perkhawinan dalam islam.."
"Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui."
(Yaasin: 36)
Jika kita perhatikan kejadian di langit dan di bumi, jelas menampakkan kebenaran ayat ini. Setiap yang kita saksikan ada pasangannya. Keadaan tanah di bumi, tidak sama rata semuanya, bahkan dijadikan berpasangan antara tinggi dan rendah. Di suatu kawasan penuh dengan tumbuhan menghijau. Di kawasan yang lain berpadang pasir. Daratan berpasangan dengan lautan. Pokok-pokok yang meliputi bumi ini ada yang jantan dan betina. Kemudian Allah jadikan pula malam berpasangan dengan siang meliputi alam ini. Binatang-binatang yang hidup di daratan dan di lautan juga berpasangan jantan dan betinanya. Demikian pula manusia. Atom yang sangat halus yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan terdiri dari komponen-komponen yang berpasang-pasangan.
Jika kita bertanya apakah hikmat Allah S.W.T. menjadikan berbagai-bagai jenis kejadian ini dalam keadaan berpasangan? Kita sudah tentu dapat memahaminya dengan mudah. Cuba kita bayangkan bagaimana keadaan alam ini sekiranya ia sentiasa dalam keadaan malam, bumi berkeadaan pamah, semuanya berpadang pasir Manusia semuanya lelaki atau semuanya perempuan. Keadaan dunia seperti ini tentu membosankan dan kejadian ini tidak melahirkan keturunan. Manusia akan hapus dalam jangka waktu yang singkat. Dengan adanya pasangan, dunia kelihatan indah dan sesungguhnya kejadian Allah S.W.T. ini sangat indah.
Lelaki Dan Perempuan Dalam Kejadian Manusia
Dengan memberikan sedikit peihatian kepada kejadian alam ini, anda pasti mengerti mengapa anda dijadikan lelaki atau perempuan. Kedua-duanya dari acuan yang sama iaitu manusia yang dibentuk dari unsur-unsur kemanusiaan. Tetapi yang satunya berwatak keras dan yang satu lagi lemah gemalai. Gerak langkah melambangkan kekuatan dan gerak langkah wanita melambangkat,i keindahan. Sifat-sifat tersendiri yang ada pada lelaki dan wanita itu menunjukkan bahawa kekuatan lelaki dijadikan sebagai pelindung kecantikan wanita.Betapa indahnya kehidupan manusia ini dengan adanya pasangan di dalam kejadiannya. Betapa jemu dan bosan kehidupan ini jika yang menjadi penghuni alam lelaki semuanya, atau perempuan semuanya. Jadi, kejadian berpasangan antara lelaki dan perempuan it merupakan ramuan yang mengindahkan kehidupan. Allah S.WT. berfirman:
"Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. "
(ar-Ruum:21)
Kejadian berpasangan juga sebagai saluran untuk meneruskan keturunan manusia.Allah S.WT. berfirman:
"Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan... "
(An-Nisa':1)
Dengan keterangan di atas jelas sekali hikmatallah menjadikan manusia dari lelaki dan wanita, pertama untuk memperindahkan kehidupan manusia itu sendiri. Kedua untuk mengekalkan ketuninan manusia di dalam jangka waktu yang panjang sehingga Allah S.W.T. menentukan berakhirnya sejarah manusia di bumi ini. Ini semuanya adalah rahmat Allah S.WT. kepada manusia yang diamanahkan untuk mengendalikan ulusan di bumi sebagai khalifah-Nya.
Wednesday, 8 April 2009
Mazhab Sebagai Kemuncak Perkembangan Aliran
Di samping itu, para fuqahak dari setiap mazhab ini tidak pernah mendakwa bahawa pandangan merekalah yang betul dan mesti diikuti . Malah mereka tidak pernah meminta orang lain menerima pandangan–pandangan mereka, sebaliknya menganjurkan supaya mengikut apa sahaja dalil yang boleh membawa kepada kebenaran, meskipun pendapat mereka sendiri dibelakangi. Dalam hal ini Imam Abu Hanifah pernah berkata: “ .. Inilah sebaik–baik yang dapat kita fahami. Siapa yang merasainya betul dia boleh menerimanya ..” Apabila ditanya oleh setengah–setengah fuqahak apakah kesimpulan yang dibuat oleh beliau itu tidak ragu–ragu lagi kepada suatu kebenaran, Abu Hanifah menjawab : “ .. Saya tidah tahu . Mungkin ianya tidak ragu-ragu lagi suatu kebatilan …”
Imam Syafie pernah menggesa para pengikutnya supaya membelakangi kesimpulan–kesimpulan hukum yang beliau buat dengan berasaskan Qiyas kalau sekiranya mereka mendapati mana – mana hadis yang menyalahinya . Beliau berkata “ .. kalau sah hadis berkenaan maka itulah mazhab saya ..” Kata beliau lagi , “ …Tidak ada bumi yang sanggup menanggungku dan tiada langit yang sanggup meneduhi aku kalau aku membelakangi mana–mana hadis Rasulullah …”
Imam Malik juga diriwayatkan sebagai berkata bahawa fatwa–fatwa yang dihuraikan oleh beliau mungkin akan mengalami perubahan dari masa ke semasa. Begitu juga Ahmad Ibn Hambal . beliau menjelaskan bahawa siapa sahaja boleh berijtihad kerana pintu ijtihad itu tidak akan ditutup selama – lamanya.
Di sini, kita tidak bertujuan untuk mengulas segala apa yang dikatakan oleh para fuqahak dalam masalah ini . Cukuplah untuk mengetahui bahawa bakti yang dicurahkan oleh para fuqahak berkenaan terhadap perkembangan feqh adalah besar khususnya apabila mereka membongkar rahsia - rahsia fleksibalnya hukum Islam dengan menghuraikan hukum – hukum syariat dalam semua lapangan hidup. Di samping usaha – usaha mereka yang gigih dan sangat berkesan itu , mereka membina prinsip – prinsip dan kaedah serta teori hukum yang perlu digunakan oleh para fuqahak dalam usaha mereka memberikan fatwa. ...
Wednesday, 18 February 2009
...:::Fahami peranan perbezaan Fuqaha':::...
Apabila dunia islam berkembang dari segi politik,ekonomi,pelajaran,intlektual dan dan nilai-nilai secare meluas.Bermula kecenderungan perbezaan pentafsir nas2 Al-Quran dan As-sunnah secare meluas sehingga wujudnya dua golongan yang terbesar dari golongan hadis(Madrasah Al-hadis) dan golongan fikiran(Al-ra'yu).
Jadi dengan perbezaan madrasah ni,para Fuqaha' bukan sahaja berbeza dalam kecenderungan mentafsir sesuatu nas Al-Quran dan As-Sunnah ni malah berbeza dalam penilaian sebenar dan berhujah pada sesetangah hadis serta berhujah membawa pemikiran masing2 dalam penyebaran islam.
Meskipun perbezaan pendapat secare umumnyer terdorong pada faktor sekitaran dari golongan Al-Hadis di MAdinah dan golongan Al-Ra'yu di Iraq namum pada masa yang sama perkembangn perbezaan ini merupakan satu yang biase kepada dalam mengsuaikan manusia yang pelbagai dalam islam yang sempurna dalam erti kata lain,perselisihan pendapat pada Fuqaha' ini bagi memenuhi keperluan dan dan melayani keperluan manusia pada tempat dan zaman.
Dalam berlaku pelbagai perselisihan pendapat dikalangn Fuqaha',ini bukannyer gejala yang buruk berlaku pada umat islam tapi merupakn kematangan para fuqaha' dalam mengkaji dan menilai nash2 dan menunjukan islam agama yang sempurna mampu masuk dalam setiap masyarat sacare meluas.