Saturday 12 December 2009

"Perigi Cari Timba??"


Bisikan nuraniku terus menyapa...terkenag nasib ayah terlantar di hospital duk kene bedah hari ni..”YA Allah moga2 dia dalam keadan sihat walafiat..amin”..dan hari juga merupakan hari lahir dia.. “Ayah ..selamat hari lahir dan moga2 hidupmu di berkati..” baru khamis lepas tepon dia..masih kedengaran suara seorang ayah yang masih mengungkapkan kata2 semangat bagi diri ini sempena nak imtihan yang akan datang..terasa diri ini bersemangat menghadapi imtihan yang hampir tiba..
Ha dulu2 mase kat malysia dan sampai kat sini pon  masih kene “diskolah kan” oleh ayah ibu tentang mencari jodohlah..tentang adat songsanglah..tentang selok belok prihal calon zaujahlah..haa macam2..dengar jerlah sekurngnya dapat ilmu jugak walaupon bukan  bersumberkan dari quran dan hadis tapi diri ini masih menghormati pendirian dan kalam ayah dan ibuku yang mereka sumberkan dari pengalaman yang lalu..
Al kisah.. selalunya lelaki kene mulakan dulu. Pihak lelaki pergi dok risik2 belah perempuan pastu jika ada isarat “lampu hijau” jer,maka terus menyusul rombongan meminang. Tapi tu dulu.. la ni tuan badan pi sendiri dengan rase “penuh kelakian” selamber sungguh jumpa bakal zaujah(istri) pastu “on” je..jumpe terus mak ayah untuk dpat kepastian..bile semua dah ok..baru pi bagitau kat ayah mak suruh pinangkan si pompuan tersebut..haa ni perkare biasa. Tapi sahabat2 bagaimana jika sebaliknya, pihak wanita pulak yang merisik pastu kemudian menghantar rombongan meminag..?? haa macamana tu..gawat ni…hehe “Wanita meminang Lelaki”. Ah janggal.tidak pernah di buat orang (kata orang tua2). Begitu sempitnya adat berbanding keluasan syariat kan. Justeru dalam sejarah islam kan telah membuktikan pihak wanita sudah ada meminag lelaki dan ia sebenarnya tidak menjadi pertikaian oleh golongan2 mutahid pon hehe..kita jer ni syadid(ketat) sangat…
Siti Khatijah meminang Nabi kan..syaidina Umar pernah “meminang” Saidina Abu BAkar untuk puteri Siti Habsah( tapi last siti Habsah jadi zaujah nabi). Haa pada zaman kegemilangn islam, kedua-dua cara sudah pon dipraktikkan. Sama ada wanita melamar lelaki atau lelaki melamar wanita. Tidak ada sebenarnya istilah perigi cari timba seperti yang telah di pegang oleh masyarakat kita turun kemurun. Emm kebenaran kerap kali kita lihat janggal( nak mulakan) sbb ia selalunya bertentangn dengan kebiasaan adat kita . tetapi kita perlulah berani untuk melakukan anjakan paradigma dan seterusnya mreubah mentality dan sikap orang kita..biarpon trpaksa menanggung risiko dituduh tak tahu malu dari jadi andartu ..hehe haa piker2 kan ler..
Perlu diingatkan kekadang kan adat dan syariat boleh diselaraskan. Namun adakalanya adat bertentangan dengan syariat. Maka pada ketika itu hendaklah di utamakn syariat kerana adat ni kan hanya berasal daripada pemikiran dan perasaan orang2 tua kita dulu2 berbanding syariat yang telah diwahyukan oleh allah sendiri.adat ni akn benda yang relative-boleh berubah2 mengikut zamn dan perubahan minda manusia. Tetapi syariat ni bersifat mutlak.zamn canggih mana sekali pon ia tetap gitu..yang bersifat relevan dan signifikan sampai bila2.
Dan tidak jugak di nafikan kekadng tu adat bersumberkan ajaran agama. Namun apabila selera nafsu dan kecelaruan fikiran berlaku.sering syariat menjadi mangsa pengubahsuaian sehingga mencemar kesucian agama kan. Cube kite tengok adat kita.kenduri walimah tu tak nak ingat sampai datang membazir dan datang sikap menunjuk2 dan bertanding antara sesame masyarakat pastu mas kawin beribu2 emm adoi lelaki jugak yang bengkok ni..nafsu2..dan sering kita lihat yang sunat di anggap macm wajib dan wajib pulak di anggap remeh dan dipinggirkan…
Bagi ibu bapa pihak wanita,malah wanita itu sendiri jangn takut merubah adat.kita mesti berani melawan arus selagi syariat di utamakn. Hubungan dengan Allah dan sesame manusia saling berkatian . marilah kita jaga syariat Allah dan jaga hubungan dengan Allah untuk mendapat kekuatan dalm benda yang benar. Kita tak leh dah nk terikat dengn cara2 konvensional sahaja untuk menyelesaikan maslah ummah. Oleh itu, jika ada seorng lelaki yang layak mejadi calon suami soleh, ambilah tindakan untuk mulakan merisik dan melamarnya.jika diterima. Alhamdulillah..jika di tolak, redo dengan segala ketentuan.. jangn rasa malu kerana kamu bukan melakukan sesuatu yang salah dan haram di sisi agama.. tapi gunakan dengan jalan syarie  macam orang tengah tu lebih mulia dan sangat terhormat…
Sekali pon ditolak,pihak wanita atau wanita tu sebenarnya telah membuat langkah2 usaha yang mulia menjejaki langkah saidina Umar yang menawarkan puterinya untuk saidina  Abu bakar. Bukankah  pinangan saidaina Umar itu ditolak jugak secara baik oleh saidina Abu bakar.? Lantaran dari itu Saidina Umar mendapat calon untuk puterinya yang lebih baik dengan Rasulullah menawarkan diri untuk memperistrikan  Siti Habsah. Jdi bagaimana dengan kamu wahai srikandi2 islam.? Tak mustahilah natijah yang sama yang akan kamu alami..Insyallah .Allah tidak akan kecewakan pada hambanya yang komited mengikut syariat  Dia.
Usah berasa malu untuk sempurnakan iman kamu.dan tak yah rase malu menjadi “perigi” yang mencari “timba”. Malu yang macm gitu tidak kene tempatnya. Sayang sekali, kekadng malu kita ni tidak merujuk syariat. Ketika ramai kaum wanita tidak malu tuk mendedahkan aurat dan melanggar syariat Allah…adakah kamu merase malu mengikut syariat dan menyusuri langkah pada sahabiah-sahabiah dan salafusoleh untuk mendapat yang terbaik untuk diri anda??
Bertambah2 pada zaman sekrang dengan kuantiti wanita yang ramai berbanding lelaki,menyebabkan semakin sedikitlah lelaki soleh dikalangan yang sikit ini.andai sudah berkenan dan merasakan bersedia untuk alam berumahtangga jadi jangn tunggu lama2…mulakanlah dengan munajat istiharoh pada Allah sehingga dapat keyakinan yang kuat dalm bertindak untuk melamarkan si dia dan perlu di ingat hendaklah sentiasa berlapang dada dalm setiap ketentuan yang dihadapi pada masa akan datang. Kita berancang  Allah merancang jugak..tapi kan perancangan Allah lagi hebat…
“sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Anas r.a : ada seorang wanita yg datng menawarkan diri kepaa nabi s.a.w dan berkata : ya Rasulallah! Apakah baginda memerlukan daku!puteri Anas yg hadir ketika itu mendengar perkataan wanita itu mencela dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “sesungguhnya memalukan dan betapa buruknya..!”  Anas barkata kepada puterinya itu : dia lebih baik darimu,nak! Wanita itu senang kepada Nabi dan menwarkan dirinya…”(riwayat bukhari)”


Thursday 3 December 2009

"Tamatkan Penantian Itu Segera!"


Bisikan nuraniku mengatakan “sukar sungguh mecari wanita solehah macam seperti mecari gagak putih la tak pon macm cari merpati kat gurun saharah”..bila piker2 balik memg ada benarnya kan..lagi2 kita hidup di zamn la ni.. Namun apa pon cabarannya,wanita yang solehah tetap jadi buruan setiap yang di gelar lelaki..dan lelaki soleh terus menjadi impian bagi setiap wanita kan.. malah lelaki yang jahat sekalipon nak pompuan yang solehah dan macam sama jugak pompuan yang jahat pon tetap nk lelaki yang soleh..ini cukup mengherankan kan..
Apa pon mencari calon soleh dan solehah mesti kene ada ilmu. Kita kene ada ilmu tentang ciri2 soleh dan solehah tu macamana. Dengan ilmulah kita dapat tahu yang ni soleh ker tak..baik ke buruk ker..solehah ker atau buat2 solehah.. haa kalau tak de ilmu kan,tu yang jadi kelirulah..jadi tk ketahuanlah dalam menentukan mana intan mana kaca. Tuk dapatkan ilmu kan haa kene ngaji bab bende2 hal2 rumah tangga..kalau saya..sambil ngaji bab ni..sambil Tanya orang2 tua..haa gabungkan dan kaji supaya dapat jawapan pada setiap kekeliruan diri..janagn malu nak Tanya bab2 ni.. ala bab2 gini insyallah mak pak kite boleh citer sbb depa kebiasaanya akan rase dihargai bile kite Tanya benda2 macm gini..sbb depa kan lebih makan garam dari kite..sbb tu sekarang ni depa ngadu sakit darah tinggi tu hehe..opss
Menerusi ilmulah kita dapati terlalu banyak krateria seorang wanita solehah dan lelaki soleh ni..sampai pening kepala macamner nk cari macm contohnya jaga solat,taat orang tua,berakhlak,menutupi aurat dan banyak lagi ler..tu dari segi lahiriah kalau dari segi dalaman lagilah banyak macam sifat sabar, redho segala yang berlaku..sentiasa hidup dalam mujahadah,bersyukur dan lain2 lagi la..
Kalau itulah menjadi ukuran jadi letih2 kite kan..sbb setiap orang tu ada kurangya..tpi tk mustahil semua2 bende yang soleh dan solehah tu ada dalam diri seseorng kan..  mencari yang soleh dan solehah memglah sukar sbb menilainya samalah seperti teropong ke dalam hati orang. Kata orang kan “yang tutup aurat tu belom tentu soleh atau solehah kan..” dan kata orang lagi “kulit yang baik belom tentu isi dalam baik”. Jadi macamana ni?? Hehe jangan pening2 meh kite cari jalan mudah ringkas dan tak payah nk teropong2 hati orang nk ukur iman orang nak pertikai takwa soleh/solehah orang kan..dengan cara.. :
JADIKAN DIRI KITA DAHULU CALON SUAMI YANG SOLEH ATAU JADIKAN DIRI KITA CALON ISTRI YANG SOLEHAH DAHULU.."
Mula2 kenal pasti bagaimana nak jadi yang soleh dan solehah ni..kemudian kan bina semua tu dalam diri kite terlebih dahulu.. muhasabah solah hati ,soal dalaman diri dan bisikan ke hati.. “adakah kita ni dah jadi lelaki soleh atau dahjadi wanita solehah??”padankan sifat2 soleh nabi dan sahabat2 atau solehah istri2 nabi dan sahabiah2 dengan diri kita.. sudah ada ke belom?? Jawab dengn jujur.  Haa memg sukar kan nak jawab pada diri kan..?? memg sukar. Tetapi itu tentunya jauh sukar lebih mudah daripada hendak mengukur kesolehan  pada orang lain.
Haa inilah kaedah yang paling tepat untuk mendapat calon suami soleh atau calon istri solehah. Mungkin cara ini macm lambat jer..tapi yakinlah bahawasanya cara ni agak tepat atau paling tepat. Kaedah ini ada kelebihanya. Sbb kunci kejayaan terletak pada diri sendiri. Lebih cepat kita membina sifat2 soleh kan..maka lebih cepat dan lebih cerahlah peluang kita untuk mendapt wanita solehah macm gitu juga wanita..  semua bermula dari diri kita sendiri..
Kita harusnya malu kepada Allah (dan malu pada diri sendiri juga) jika kita inginkan jodoh yang baik sedangkan diri kita tk baik..kan itu namanya zalim pada orang lain tu.. kekadang lucu bile kite dengar seorang mat rempit bila nak kawin jer suruh mak carikan yang solehah2 tuk dia..apalah pesen orang mcm gini…
Apa pandangan kamu2 tentang ini? Adakah kaedah saya ni macm tk leh pakai jer..?? jika kamu seorg wanita ,sangguhkah menerima lelaki selaku macm kt atas tu?? Saya tidak persoalkan kewajaran kita mendidik selepas berkhawin nanti,tapi jika di beri pilihan buat diri ,kamu nak ke?? Tentu kamu akn menolak terus calon suami yang macm gitu.. pada kaum lelaki yang seperti itu,kita ingin mengingatkan, tergamakkah kamu menipu orang lain dan diri kamu sendiri apabila kita inginkan yang baik sedangkan kita tahu tak solehnya diri kita ni..
Jadi marilah kita tamatkan penantian akan kedatangan wanita solehah dan tamatkan penantian akan datangnya lelaki soleh itu dengan mempercepatkan pembinaan ciri soleh /solehah pada diri kita sendiri. Ubahkan diri utntuk merubah orang lain. Tegasnya jika kita menjadi soleh atau solehah maka akan muncul soleh atau solehah dengan sendirinya insyAllah.. ingat ni.. “jadi soleh bukan cari solehah” atau “ jadi solehah bukan cari soleh”
 yakinlah dengan firman Allah:"dan wanita2 yang baik2 untuk lelaki yang baik2"
Namum jika belom ketemu juga,bisikkanlah pada nurani kita.. “aku belom lagi menjadi soleh/solehah sbb tu Allah belom kurniakan aku seorng yang soleh sebagai suami  atau solehah sebagai istri !”  Allah lebih mengetahui…