Saturday 12 December 2009

"Perigi Cari Timba??"


Bisikan nuraniku terus menyapa...terkenag nasib ayah terlantar di hospital duk kene bedah hari ni..”YA Allah moga2 dia dalam keadan sihat walafiat..amin”..dan hari juga merupakan hari lahir dia.. “Ayah ..selamat hari lahir dan moga2 hidupmu di berkati..” baru khamis lepas tepon dia..masih kedengaran suara seorang ayah yang masih mengungkapkan kata2 semangat bagi diri ini sempena nak imtihan yang akan datang..terasa diri ini bersemangat menghadapi imtihan yang hampir tiba..
Ha dulu2 mase kat malysia dan sampai kat sini pon  masih kene “diskolah kan” oleh ayah ibu tentang mencari jodohlah..tentang adat songsanglah..tentang selok belok prihal calon zaujahlah..haa macam2..dengar jerlah sekurngnya dapat ilmu jugak walaupon bukan  bersumberkan dari quran dan hadis tapi diri ini masih menghormati pendirian dan kalam ayah dan ibuku yang mereka sumberkan dari pengalaman yang lalu..
Al kisah.. selalunya lelaki kene mulakan dulu. Pihak lelaki pergi dok risik2 belah perempuan pastu jika ada isarat “lampu hijau” jer,maka terus menyusul rombongan meminang. Tapi tu dulu.. la ni tuan badan pi sendiri dengan rase “penuh kelakian” selamber sungguh jumpa bakal zaujah(istri) pastu “on” je..jumpe terus mak ayah untuk dpat kepastian..bile semua dah ok..baru pi bagitau kat ayah mak suruh pinangkan si pompuan tersebut..haa ni perkare biasa. Tapi sahabat2 bagaimana jika sebaliknya, pihak wanita pulak yang merisik pastu kemudian menghantar rombongan meminag..?? haa macamana tu..gawat ni…hehe “Wanita meminang Lelaki”. Ah janggal.tidak pernah di buat orang (kata orang tua2). Begitu sempitnya adat berbanding keluasan syariat kan. Justeru dalam sejarah islam kan telah membuktikan pihak wanita sudah ada meminag lelaki dan ia sebenarnya tidak menjadi pertikaian oleh golongan2 mutahid pon hehe..kita jer ni syadid(ketat) sangat…
Siti Khatijah meminang Nabi kan..syaidina Umar pernah “meminang” Saidina Abu BAkar untuk puteri Siti Habsah( tapi last siti Habsah jadi zaujah nabi). Haa pada zaman kegemilangn islam, kedua-dua cara sudah pon dipraktikkan. Sama ada wanita melamar lelaki atau lelaki melamar wanita. Tidak ada sebenarnya istilah perigi cari timba seperti yang telah di pegang oleh masyarakat kita turun kemurun. Emm kebenaran kerap kali kita lihat janggal( nak mulakan) sbb ia selalunya bertentangn dengan kebiasaan adat kita . tetapi kita perlulah berani untuk melakukan anjakan paradigma dan seterusnya mreubah mentality dan sikap orang kita..biarpon trpaksa menanggung risiko dituduh tak tahu malu dari jadi andartu ..hehe haa piker2 kan ler..
Perlu diingatkan kekadang kan adat dan syariat boleh diselaraskan. Namun adakalanya adat bertentangan dengan syariat. Maka pada ketika itu hendaklah di utamakn syariat kerana adat ni kan hanya berasal daripada pemikiran dan perasaan orang2 tua kita dulu2 berbanding syariat yang telah diwahyukan oleh allah sendiri.adat ni akn benda yang relative-boleh berubah2 mengikut zamn dan perubahan minda manusia. Tetapi syariat ni bersifat mutlak.zamn canggih mana sekali pon ia tetap gitu..yang bersifat relevan dan signifikan sampai bila2.
Dan tidak jugak di nafikan kekadng tu adat bersumberkan ajaran agama. Namun apabila selera nafsu dan kecelaruan fikiran berlaku.sering syariat menjadi mangsa pengubahsuaian sehingga mencemar kesucian agama kan. Cube kite tengok adat kita.kenduri walimah tu tak nak ingat sampai datang membazir dan datang sikap menunjuk2 dan bertanding antara sesame masyarakat pastu mas kawin beribu2 emm adoi lelaki jugak yang bengkok ni..nafsu2..dan sering kita lihat yang sunat di anggap macm wajib dan wajib pulak di anggap remeh dan dipinggirkan…
Bagi ibu bapa pihak wanita,malah wanita itu sendiri jangn takut merubah adat.kita mesti berani melawan arus selagi syariat di utamakn. Hubungan dengan Allah dan sesame manusia saling berkatian . marilah kita jaga syariat Allah dan jaga hubungan dengan Allah untuk mendapat kekuatan dalm benda yang benar. Kita tak leh dah nk terikat dengn cara2 konvensional sahaja untuk menyelesaikan maslah ummah. Oleh itu, jika ada seorng lelaki yang layak mejadi calon suami soleh, ambilah tindakan untuk mulakan merisik dan melamarnya.jika diterima. Alhamdulillah..jika di tolak, redo dengan segala ketentuan.. jangn rasa malu kerana kamu bukan melakukan sesuatu yang salah dan haram di sisi agama.. tapi gunakan dengan jalan syarie  macam orang tengah tu lebih mulia dan sangat terhormat…
Sekali pon ditolak,pihak wanita atau wanita tu sebenarnya telah membuat langkah2 usaha yang mulia menjejaki langkah saidina Umar yang menawarkan puterinya untuk saidina  Abu bakar. Bukankah  pinangan saidaina Umar itu ditolak jugak secara baik oleh saidina Abu bakar.? Lantaran dari itu Saidina Umar mendapat calon untuk puterinya yang lebih baik dengan Rasulullah menawarkan diri untuk memperistrikan  Siti Habsah. Jdi bagaimana dengan kamu wahai srikandi2 islam.? Tak mustahilah natijah yang sama yang akan kamu alami..Insyallah .Allah tidak akan kecewakan pada hambanya yang komited mengikut syariat  Dia.
Usah berasa malu untuk sempurnakan iman kamu.dan tak yah rase malu menjadi “perigi” yang mencari “timba”. Malu yang macm gitu tidak kene tempatnya. Sayang sekali, kekadng malu kita ni tidak merujuk syariat. Ketika ramai kaum wanita tidak malu tuk mendedahkan aurat dan melanggar syariat Allah…adakah kamu merase malu mengikut syariat dan menyusuri langkah pada sahabiah-sahabiah dan salafusoleh untuk mendapat yang terbaik untuk diri anda??
Bertambah2 pada zaman sekrang dengan kuantiti wanita yang ramai berbanding lelaki,menyebabkan semakin sedikitlah lelaki soleh dikalangan yang sikit ini.andai sudah berkenan dan merasakan bersedia untuk alam berumahtangga jadi jangn tunggu lama2…mulakanlah dengan munajat istiharoh pada Allah sehingga dapat keyakinan yang kuat dalm bertindak untuk melamarkan si dia dan perlu di ingat hendaklah sentiasa berlapang dada dalm setiap ketentuan yang dihadapi pada masa akan datang. Kita berancang  Allah merancang jugak..tapi kan perancangan Allah lagi hebat…
“sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Anas r.a : ada seorang wanita yg datng menawarkan diri kepaa nabi s.a.w dan berkata : ya Rasulallah! Apakah baginda memerlukan daku!puteri Anas yg hadir ketika itu mendengar perkataan wanita itu mencela dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “sesungguhnya memalukan dan betapa buruknya..!”  Anas barkata kepada puterinya itu : dia lebih baik darimu,nak! Wanita itu senang kepada Nabi dan menwarkan dirinya…”(riwayat bukhari)”


6 comments:

Annair said...

salam...posting yg menarik..ana stuju dgn idea nta ni..spatutnye kite mensolehkan diri..Insyallah yg soleh juga buat kite..Janji Allah itu pasti..

qirana-fakhruddin said...

salam kembali..syukran banyak2 sbb follow blog ana yang tandus ni..yup memag inilah yang patut kite buat sebagai hamba Allah..kenapa nak risau calon pasangn kite tak baik emm..sepatutnyer kite risaukan kita ni tak baik2 lagi..hehe moga2 Allah bagi yang terbaik buat kite...
"Allah lebih mengetahui"

aindah wardah said...

ermm..
perlu difikir-fikirkan..

kucIngbUnge said...

emm..
aindah..join skalik..:p

aindah wardah said...

oh,tanak!
aku pemalu okeh?
tanak tanak tanak..!!!

Anonymous said...

salam ziarah..
perkonsian yg menarik..
minta izin nak copy dlm blog ana boleh?

teringat kata2x ustazah ana, lelaki merisik perempuan itu sebenarnya adat, tapi perempuan merisik lelaki boleh jadi ibadah jika niat kerana Allah s.w.t

bagaimana jika seorang muslimat merisik seorang muslimin yg inshaAllah soleh utk dijadikan calon zaujnya tetapi ditolak atas alasan kurang tarbiyah dan kewangan..muslimat itu minta utk ditunggu dan jika ada calon zaujah yg lebih baik, dia akan mengundur diri, tapi muslimin itu minta jangan tunggu..


ape komen akhi?
jzkk

wallahuallam