Wednesday 18 February 2009

...:::Fahami peranan perbezaan Fuqaha':::...

Perselisihan pendapat tentang hukum hakam ni telah berlaku sejak zaman nabi Muhammad s.a.w lagi di kalangan sahabat nabi khususnya saidina umar r.a,namum kelahiran yang sebenar berlaku setelah kewafatan nabi s.a.w,ia berlaku pada peringkat awal yang tidak ketara dan berlaku sesuatu perkara yang sangat terbatas sekali.ini merupakn madrasah pertama fuqaha' dalam membicarakn hal hukum agama.

Apabila dunia islam berkembang dari segi politik,ekonomi,pelajaran,intlektual dan dan nilai-nilai secare meluas.Bermula kecenderungan perbezaan pentafsir nas2 Al-Quran dan As-sunnah secare meluas sehingga wujudnya dua golongan yang terbesar dari golongan hadis(Madrasah Al-hadis) dan golongan fikiran(Al-ra'yu).
Jadi dengan perbezaan madrasah ni,para Fuqaha' bukan sahaja berbeza dalam kecenderungan mentafsir sesuatu nas Al-Quran dan As-Sunnah ni malah berbeza dalam penilaian sebenar dan berhujah pada sesetangah hadis serta berhujah membawa pemikiran masing2 dalam penyebaran islam.

Meskipun perbezaan pendapat secare umumnyer terdorong pada faktor sekitaran dari golongan Al-Hadis di MAdinah dan golongan Al-Ra'yu di Iraq namum pada masa yang sama perkembangn perbezaan ini merupakan satu yang biase kepada dalam mengsuaikan manusia yang pelbagai dalam islam yang sempurna dalam erti kata lain,perselisihan pendapat pada Fuqaha' ini bagi memenuhi keperluan dan dan melayani keperluan manusia pada tempat dan zaman.

Dalam berlaku pelbagai perselisihan pendapat dikalangn Fuqaha',ini bukannyer gejala yang buruk berlaku pada umat islam tapi merupakn kematangan para fuqaha' dalam mengkaji dan menilai nash2 dan menunjukan islam agama yang sempurna mampu masuk dalam setiap masyarat sacare meluas.

0 comments: